Isnin, 23 Januari 2017

TIPS BUAT SURIRUMAH YANG BERNIAGA


Assalamualaikum..

Alhamdulillah...pagi ini lin nak share tips urus rumahtangga untuk surirumah yang berniaga..
Ini pengalaman dari lin sendiri...

1)Sediakan List To Do
Setiap malam,catat siap-siap LIST TO DO untuk keesokan hari.

2)Sediakan stok bahan-bahan untuk masakan
Kisar bawang,cili,halia dan sebagainya pada hujung minggu. Basuh ikan ,ayam,udang,sotong dan lain-lain dan bekukan dalam freezer.Bila nak masak,cepat dan mudah.

3)Sediakan kelengkapan anak dan suami lebih awal
Sebaiknya seterika pakaian mereka semasa hujung minggu atau malam supaya tidak kelam -kabut pada siang hari.

4)Siapkan kerja rumah sebelum mula tugasan bisnes
Pastikan siapkan terlebih dahulu kerja rumah sebelum kita masuk SOHO.

5)Latih anak-anak menolong
Anak-anak boleh dilatih untuk menolong kita kerja-kerja ringan seperti latih mereka basuh pinggan mangkuk yg mereka makan.Dalam bisnes pula,Lin melatih anak soleh Lin berumur tujuh tahun menyusun stok di rak sambil mengira.

6) Tidur berkualiti
Ibu -ibu pastikan diri kita tidur berkualiti supaya kesihatan kita tidak terjejas.Tapi jangan terlebih tidur pula yer..hihi

7) Me Time
Pastikan kita isikan 'me time' kita dengan perkara-perkara berfaedah.Contohnya,membaca buku-buku ilmiah dan berkongsi dengan orang lain.

Ok...cukup dulu 7 Tips pagi ini..
Semoga bermanfaat...😊

Ucapan Penghargaan buat......

Alhamdulillah...

Syukur atas nikmat yg Allah kurniakan....

Bersyukur dikelilingi mak abah yang selalu menyokong saya dan sentiasa doakan kejayaan saya..

Bersyukur dapat suami yang penyayang dan bertanggungjawab..
Terima Qaseh mak abah mertua kesayangan kerana mendidik suami dengan penuh kasih sayang..

Bersyukur juga dikelilingi adik-beradik yang sudi menjadi pendengar terbaik...sudi memberi buah fikiran..

Bersyukur juga dikurniakan anak soleh Ahmad Izzuddin dan anak solehah Aisyah Humaira yang bijak pandai...sentiasa menemani ummi COD QASEH GOLD...

Bersyukur jua dikelilingi R.A.N.I.A HEBAT dalam team QASEH HUMAIRA NETWORK...Sentiasa menolong satu sama lain dan berkongsi idea untuk sama-sama mencapai kejayaan...

Bersyukur jua berada dalam BISNES ANA EDAR bersama team leader-leader yang mempunyai kepakaran tersendiri...

Terima Qaseh buat semua yang bersama saya ketika susah dan senang.
Semoga ukhuwah terjalin antara kita berpanjangan di dunia dan akhirat..

Ahad, 22 Januari 2017

10 perkara yang saya minati....

1)Memasak
Suka masak sebab suami dan anak-anak suka makan masakan ummi walaupun nasi goreng kicap!

2)Bercuti
Pantang offer nak p bercuti...saya lah paling excited!

3)Meniaga
Dari zaman kanak-kanak lagi,lin dah mula niaga.. Jual kerepek tok buat...tok asal Indon..memang kuat niaga..cucu tok..mesti follow tok...

4)Belajar dan mengajar Bahasa Arab
Subjek selalu dapat tertinggi BAHASA ARAB..ececeh...

5)Mengurus Program
Best walaupun penat.Banyak perkara yang lin dapat belajar dari setiap program yang lin urus.

6)Menulis
Tak pandai nak luah melalui kata-kata pujangga...cukuplah dengan sebatang pena dan warkah...
Opps dramatic pula!

7)Makan
Of course...I'm a food lover!

8)Kumpul duit beli barang yg teringin nak beli
Puas hati beli hasil titik peluh sendiri..

9)Berangan-angan
Opps...tak salah berangan-angan..
Berangan-angan dengan tindakan InshaAllah berjaya!

10)Kerja amal
Ramai kenalan lin jumpa dan kenal melalui kerja amal.Ini peluang lin..Bina silaturrahim..jadikan kenalan sebagai pelanggan bisnes lin!