Isnin, 23 Januari 2017

TIPS BUAT SURIRUMAH YANG BERNIAGA


Assalamualaikum..

Alhamdulillah...pagi ini lin nak share tips urus rumahtangga untuk surirumah yang berniaga..
Ini pengalaman dari lin sendiri...

1)Sediakan List To Do
Setiap malam,catat siap-siap LIST TO DO untuk keesokan hari.

2)Sediakan stok bahan-bahan untuk masakan
Kisar bawang,cili,halia dan sebagainya pada hujung minggu. Basuh ikan ,ayam,udang,sotong dan lain-lain dan bekukan dalam freezer.Bila nak masak,cepat dan mudah.

3)Sediakan kelengkapan anak dan suami lebih awal
Sebaiknya seterika pakaian mereka semasa hujung minggu atau malam supaya tidak kelam -kabut pada siang hari.

4)Siapkan kerja rumah sebelum mula tugasan bisnes
Pastikan siapkan terlebih dahulu kerja rumah sebelum kita masuk SOHO.

5)Latih anak-anak menolong
Anak-anak boleh dilatih untuk menolong kita kerja-kerja ringan seperti latih mereka basuh pinggan mangkuk yg mereka makan.Dalam bisnes pula,Lin melatih anak soleh Lin berumur tujuh tahun menyusun stok di rak sambil mengira.

6) Tidur berkualiti
Ibu -ibu pastikan diri kita tidur berkualiti supaya kesihatan kita tidak terjejas.Tapi jangan terlebih tidur pula yer..hihi

7) Me Time
Pastikan kita isikan 'me time' kita dengan perkara-perkara berfaedah.Contohnya,membaca buku-buku ilmiah dan berkongsi dengan orang lain.

Ok...cukup dulu 7 Tips pagi ini..
Semoga bermanfaat...😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan